Saling membantu melindungi diri anda dan orang tersayang.
Apa yang akan anda lakukan?
Salam semua!
Ya, saya tahu. Kalau cakap pasal perlindungan hayat atau senang sebut insurans ni, memanglah bukan satu topik yang menarik.
Lagilah kita selalu dengar orang respon, 'hidup aku okay je takde insurans', ya tak?
Tapi persoalannya, macam mana kalau perjalanan hidup kita ni tak seperti yang kita rancang?
Macam mana kalau ada suatu peristiwa berlaku yang membuatkan kedudukan kewangan anda terumbang-ambing?
Tentu sukar buat anda dan keluarga anda, bukan?
Ya, saya faham. Memikirkan segala 'kalau' ni tak elok. Tapi hakikatnya, kehidupan ini penuh dengan seribu ketidakpastian dan sebarang kemungkinan. Apa saja boleh berlaku kepada kita atau keluarga kita.
Apa yang pasti, walaupun kita tak boleh kawal apa yang bakal terjadi, kita masih boleh kawal kesiapsiagaan kita dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang tak diingini.
Okay, sebagai langkah permulaannya anda boleh jawab assessment berikut untuk menilai atau mendiagnos kesediaan kewangan anda menghadapi sebarang risiko. Jom!
Mahal sangat... betul ke?
Satu MITOS terkenal tentang insurans hayat... harganya sangat mahal.
Benarkah begitu?
Anda sebenarnya boleh dapatkan perlindungan yang sesuai dengan bajet anda.
Melalui pemium perlindungan dengan kos bulanan yang kecil pun, anda masih boleh menikmati keselamatan kewangan untuk diri anda dan juga untuk orang yang anda sayangi.
Fikirkan macam ni: Setiap hari kita semua mesti ada berbelanja untuk perkara yang kita nak tapi tak semestinya kita betul-betul perlukan—seperti minum kopi kat kafe, makan burger kat restoran makanan segera atau sekotak rokok atau apa-apa saja gajet baru untuk hobi kita.
Macam mana kalau anda boleh gantikan sebahagian kecil saja daripada perbelanjaan yang kurang perlu seperti itu kepada sesuatu yang boleh menjamin masa depan keluarga anda? Adakah anda setuju?
Kalau setuju, apa kata anda nilaikan sendiri situasi sebenar kewangan anda berhadapan sebarang ancaman risiko.
Anugerah terunggul buat keluarga anda!
Bayangkan ini: Tak kira apa pun yang bakal berlaku, keluarga anda tetap dijaga. Jadi anda tak perlu risau pasal membayar bil, menampung gadai janji atau mortgage, atau membiayai pendidikan anak ke peringkat universiti.
Insurans hayat bukan hanya tentang wang... bahkan mengenai ketenangan fikiran.
Mengetahui bahawa orang yang anda sayangi benar-benar dilindungi adalah sesuatu yang tidak ternilai.
Dan hal ini bermula daripada satu langkah mudah tapi penting iaitu mengetahui keadaan sebenar diri anda dalam aspek kewangan berbanding ketidaktentuan risiko dalam kehidupan.
Teruskan dengan penilaian.
Bertangguh sekarang... hadaplah kos lebih tinggi nanti!
Yang nyata dan pasti - kita ni bukannya makin muda, malah makin tua.
Anda tau tak? Makin lama anda bertangguh untuk dapatkan insurans hayat, makin mahal harganya.
Maknanya, makin muda dan sihat badan anda ketika beli insurans hayat, makin tinggi peluang anda untuk lock in harga insurans pada kadar terendah. Pilihan premium juga lebih banyak untuk anda ambil ketika masih muda dan sihat.
Selain tu, kita semua pun tahu kehidupan ni seperti putaran roda.. kejap kat atas, kejap kat bawah. Banyak benda yang anda tak boleh jangkakan.
Jadi, bila dah tahu hal ni janganlah anda biarkan sikap bertangguh tu merugikan diri anda dan keluarga dalam tempoh jangka panjang.
Mulakan langkah proaktif anda hari ini bagi melindungi perkara yang paling penting dalam hidup anda. Jangan tunggu masa yang sesuai—kerana masa yang sesuai itu adalah - SEKARANG.
Buat penilaian sekarang.
Ambil insurans... awak suruh saya beli insurans?!
Biar kami jelaskan sikit kat sini tentang konsep takaful yang berbeza dengan konsep insurans hayat konvensional.
Takaful TIDAK dijual dan dibeli. Perkataan yang paling tepat adalah menyertai.
Anda membayar sejumlah premium bagi terlibat dalam satu usaha dua hala antara dua pihak untuk saling melindungi. Itulah intipati sebenar istilah 'kafalah' dan bentuk kata 'takaful' menggambarkan perbuatan kesalingan tadi iaitu lindung-melindungi.
Menerusi niat yang betul dan tulus, anda pastikan pelaburan anda bukanlah satu bentuk perjudian menghilangkan risiko anda. Namun sebenarnya transaksi anda itu meringankan beban tanggungan risiko tersebut dengan memindahkan sebahagiannya kepada pihak pengurusan takaful. Ketika usaha perlindungan diri anda dan keluarga anda itu membantu menguntungkan syarikat takaful, anda secara tidak langsung membantu para peserta lain melindungi diri mereka dan keluarga mereka juga. Di sinilah keindahan konsep perlindungan hayat takaful!
Sebagai tambahan, ada satu lagi perkara yang harus dititikberatkan.
Menganggap takaful sebagai penyelamat masa depan adalah satu pemikiran yang sesat lagi syirik.
Hanya Tuhan Yang Maha Esa sebagai Pencipta manusia sahajalah yang memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada kita semua,
Jadi jika pergantungan dan pengharapan kita letakkan sepenuhnya kepada pampasan yang bakal diterima, amat dibimbangi kita mungkin terjerumus dalam satu bentuk syirik tersembunyi yang menyamatarafkan Tuhan dengan makhluk dalam urusan muamalat sekalipun namanya muluk sekali seperti takaful. Perkara ini tentunya menjejaskan kehidupan beragama kita tanpa kita sedari.
Akhir kata, perlu kita ingat bahawa insurans hayat takaful ni hanyalah satu bentuk usaha dalam pengurusan aliran kewangan.
Untuk segala-galanya kita berserah hanya kepada-Nya, Yang Maha Kuasa.